Monday 12 December 2011

Latihan menembak


PERIBAHASA "GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG" BERMAKSUD KITA HENDAKLAH SABAR MENGHADAPI HALANGAN DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN YANG SUKAR SEHINGGA BERJAYA INI BERMAKNA SETIAP HALANGAN DAN CABARANYANG TIMBUL MESTILAH DITEMPUHI DENGAN BIJAKSANA.

TERDAPAT BANYAK CONTOH KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH MANUSIA SETELAH MENGHADAPI PELBAGAI KESUKARAN.SALAH SATU DARIPADANYA IALAH KEJAYAAN AHLI-AHLI SUKAN YANG BERJAYA MERAIH PINGKAT EMAS SETELAH BERTUNGKUS-LUMUS BERLATIH.

KEJAYAAN MEREKA ADALAH BERDASARKAN KEYAKINAN BAHAWA TIADA SUATU PUN PEKERJAAN YANG TIDAK AKAN BERJAYA JIKA DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.JUSTERU ITU,MURID-MURID MESTILAH MENJADIKAN PERIBAHASA INI SEBAGAI PEGANGAN HIDUP MEREKA DALAM USAHA UNTUK MEMBURU KEJAYAAN.

OLEH ITU,PERIBAHASA "GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ORANG" ADALAH SATU PRINSIP HIDUP YANG BAIK BAGI MEREKA YANG INGINKAN KEJAYAAN.        

Friday 2 December 2011

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

KESAN PERISTIWA 13 MEI
Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan banyak kesan samada positif atau negatif. Antara kesannya ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan  ekonomi mendapat tafsiran semula.

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.
Tercetusnya rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat dan negara. Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat sementara.[1] Ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang berkekalan. Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.


[1] Asnarulkhadi Abu Samah & Jyun A.Jawan, Kenegaraan Malaysia, Serdang,  UPM, 1997, hlm 203

Tuesday 22 November 2011

lagu kanak-kanak

http://www.youtube.com/watch?v=SZ2RtVjcLlc

peraturan perkhidmatan guru

PERATURANPERATURAN PENDIDIKAN
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 18 dan 130 Akta Pendidikan 1996, Menteri membuat peraturan
peraturan yang berikut:
1. Nama dan mula berkuat kuasa.
Peraturan
peraturan ini bolehlah dinamakan PeraturanPeraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1998.
2. Tafsiran.
Dalam Peraturan
"bahan kurikulum" ertinya semua bahan yang digunakan dalam pengajaran kepada dan pembelajaran oleh murid;
"guru besar" atau "pengetua" ertinya seorang pegawai dalam Perkhidmatan Pendidikan yang dilantik oleh Ketua Pengarah Pendidikan atau seorang yang dilantik oleh Lembaga Pengelola suatu sekolah swasta dan yang bertanggungjawab untuk mentadbir atau mengurus suatu sekolah;
"jadual waktu" ertinya suatu pernyataan mengenai mata pelajaran yang akan diajar kepada murid pada tiap hari persekolahàn dalam suatu penggal persekolahan yang mana dinyatakan tempoh dan peruntukan masa selamanya mata pelajaran akan diajar dan nama guru yang akan mengajar mata pelajaran itu;
"jadual waktu yang diluluskan" ertinya suatu jadual waktu yang diluluskan oleh Menteri;
Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain— 1
"kegiatan kokurikulum" ertinya apa
"mata pelajaran" ertinya suatu bidang pengajaran dan pembelajaran yang dinyatakan;
"mata pelajaran elektif" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 9 yang dipilih oleh murid di sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan mengikut minat, bakat, kebolehan dan potensi mereka;
"mata pelajaran tambahan ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8 yang diajar menurut Akta di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"mata pelajaran teras" ertinya mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5 yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dan sekolah swasta;
"mata pelajaran wajib" ertinya semua mata pelajaran yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7, selain daripada mata pelajaran teras, yang mesti dipelajari oleh semua murid di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan;
"sukatan pelajaran" ertinya suatu pernyataan mengenai perkara untuk diajar kepada murid di sekolah sepanjang tahun persekolahan atau mana
"sukatan pelajaran yang diluluskan" ertinya suatu sukatan pelajaran yang diluluskan oleh Menteri.
apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah; mana tempoh yang dinyatakan dalam tahun persekolahan itu; 2
3. Kurikulum Kebangsaan.
(1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dan segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
(2) Kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi mata pelajaran yang benikut:
(3) Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:
(a) penyertaan dalam sukan dan permainan;
(b) penyertaan dalam persatuan dan kelab;
(c) penyertaan dalam badan beruniform; dan
(d) lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri.
(a)
mata pelajaran teras yang dinyatakan dalam Jadual 1 dan 5;
(b) mata pelajaran wajib yang dinyatakan dalam Jadual 2, 6 dan 7;
(c) mata pelajaran tambahan yang dinyatakan dalam Jadual 3 dan 8;
(d) mata pelajaran elektif yang dinyatakan dalam Jadual 9;
(e) mata pelajaran untuk suatu kelas peralihan yang dinyatakan dalam Jadual 4; dan
(f) mata pelajaran untuk peringkat Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam Jadual 10.
3
(4) Peruntukan waktu minimum seminggu untuk mata pelajaran yang diajar di bawah kurikulum bagi sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di subperaturan (2) adalah dinyatakan da1am Jadual 11 hingga 15
.
4. Bahan kurikulum dan kokurikulum.
Menteri boleh menentukan bahan yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kurikulum dan kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5. Perubahan jadual, sukatan pelajaran, dan jadual waktu.
Tertakluk kepada subperaturan 3(4), Ketua Pendaftar boleh mengubah atau meminda suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di suatu sekolah, sukatan pelajaran, atau jadual waktu dan jadual, sukatan pelajaran, atau jadual waktu yang telah diubah atau dipinda hendaklah terpakai di sekolah itu.
6. Jadual, sukatan pelajaran dan jadual waktu diadakan untuk pemeriksaan.
(1) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah dengan serta
(2) Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah dengan serta
merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar suatu jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah dan sukatan pelajaran bagi semua mata pelajaran. merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar jadual waktu untuk penggal persekolahan semasa. 4
(3) Ketua Pendaftar boleh memerlukan guru besar atau pengetua, melalui suatu notis secara bertulis, untuk mengemukakan sesalinan jadual mengenai semua mata pelajaran yang diajar di sekolah, sukatan pelajaran, dan/atau jadual waktu dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan notis itu.
7. Guru perlu mengadakan salinan sukatan pelajaran yang diluluskan, dan senarai murid
murid untuk pemeriksaan.
Seseorang guru dalam suatu sekolah hendaklah dengan serta
merta mengadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar salinan sukatan pelajaran yang diluluskan berkaitan dengan mata pelajaran yang diajar dan senarai murid di bawah tanggungjawabnya
8. Buku rekod guru.
Seseorang guru dalam suatu sekolah, kecuali sekolah gaya pos atau pusat pendidikan jarak jauh, hendaklah menyimpan dan menyenggara suatu buku rekod dalam mana hendaklah direkod olehnya tidak lewat daripada hari akhir persekolahan setiap minggu dalam suatu penggal persekolahan, bahagian atau bahagian
bahagian sukatan pelajaran yang diluluskan yang akan diajar pada minggu berikutnya berkaitan dengan suatu mata pelajaran, dan buku rekod hendaklah dengan sertamerta diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar.
9. Jadual, sukatan pelajaran dsb. dalam bahasa selain daripada bahasa kebangsaan diterjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan.
Jika mana
mana jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau manamana salinannya yang diperlukan di bawah peraturan 6, 7 atau 8 untuk dikemukakan atau diadakan untuk pemeriksaan oleh Ketua Pendaftar, disediakan dalam suatu bahasa selain daripada bahasa kebangsaan, seseorang guru besar atau pengetua hendak 5
mengemukakan atau mengadakan untuk pemeriksaan jadual, sukatan pelajaran, jadual waktu, atau masukan dalam buku rekod guru, atau salinannya dalam bahasa kebangsaan dalam tempoh 30 hari daripada diarahkan oleh Ketua Pendaftar.
10. Jadual waktu perlu dipamerkan.
Seseorang guru besar atau pengetua suatu sekolah hendaklah mempamerkan sesalinan jadual waktu sekolah bagi penggal persekolahan semasa yang ditandatangan olehnya di suatu tempat yang mudah dilihat di sekolah itu.
11. Penalti.
(1) Seseorang guru hendaklah mengajar mengikut suatu sukatan pelajaran yang diluluskan dan suatu jadual waktu yang diluluskan dan mana
(2) Seseorang guru besar, pengetua atau guru yang melanggar peraturan 6, 7, 8, 9 atau 10 adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh DIDENDA TIDAK MELEBIHI LIMA RATUS RINGGIT.
mana guru yang mengajar murid atau manamana orang yang membenarkan seseorang guru mengajar murid melainkan daripada mengikut sukatan pelajaran yang diluluskan atau jadual waktu yang diluluskan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda TIDAK MELEBIHI LIMA RIBU RINGGIT ATAU DIPENJARAKAN SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI TIGA BULAN ATAU KEDUADUANYA.
12. Pemansuhan.
Peraturan
Peraturan (KursusKursus Pengajian) Sekolah 1956 dan KaedahKaedah Sekolah Lepas—Rendah (KursusKursus Pengajian) 1962 adalah dimansuhkan. 6
JADUAL 1
MATA PELAJARAN TERAS PERINGKAT RENDAH
(a)
Bahasa Kebangsaan;
(b)
Bahasa Inggeris;
(c)
Bahasa Cina, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Cina);
(d)
Bahasa Tamil, bagi murid di sekolah jenis kebangsaan (Tamil);
(e)
Matematik;
(f)
(g) Kajian Tempatan;
Sains;
(h)
Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan
(i)
Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam
JADUAL 2
MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT RENDAH
(a) Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
(b)
Kemahiran Hidup;
(c)
Pendidikan Seni; dan
(d)
Pendidikan Muzik
JADUAL 3
MATA PELAJARAN TAMBAHAN PERINGKAT RENDAH
(a)
Bahasa Cina;
(b)
Bahasa Tamil; dan
(c)
Bahasa Arab (Komunikasi) 7
JADUAL 4
MATA PELAJARAN BAGI KELAS PERALIHAN
(a) Bahasa Kebangsaan;
(b)
Bahasa lnggeris;
(c)
Bahasa Cina/Bahasa Tamil;
(d)
Amalan Bahasa Kebangsaan;
(e)
Pendidikan Seni; dan
(f)
Pendidikan Jasmani
JADUAL 5
MATA PELAJARAN TERAS PERINGKAT MENENGAH
(a) Bahasa Kebangsaan;
(b)
Bahasa Inggeris;
(c)
Matematik;
(d)
Sains;
(e)
Sejarah;
(f)
(g) Pendidikan Moral, bagi murid yang tidak menganut agama Islam
Pendidikan Islam, bagi murid yang menganut agama Islam; dan
JADUAL 6
MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT
MENENGAH RENDAH
(a) Geografi;
(b)
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan;
(c)
Kemahiran Hidup; dan
(d)
Pendidikan Seni/Pendidikan Muzik 8
JADUAL 7
MATA PELAJARAN WAJIB PERINGKAT
MENENGAH ATAS
(a)
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
JADUAL 8
MATA PELAJARAN TAMBAHAN
PERINGKAT MENENGAH
(a) Bahasa Cina;
(b)
Bahasa Tamil; dan
(c)
Bahasa Arab (Komunikasi)
JADUAL 9
MATA PELAJARAN ELEKTIF PERINGKAT
MENENGAH ATAS
Kumpulan I (Kemanusiaan)
Kumpulan II (Vokasional dan Teknologi)
(a) Prinsip Akaun;
(b) Ekonomi Asas;
(c) Perdagangan;
(d) Sains Pertanian;
(b)
Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris;
(c)
Geografi;
(d)
Pendidikan Seni; dan
(e)
Bahasa Arab Tinggi 9
(e) Ekonomi Rumah Tangga;
(f) Matematik Tambahan;
(g) Pengajian Kejuruteraan Jentera;
(h) Pengajian Kejuruteraan Awam;
(i) Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik;
(j) Lukisan Kejuruteraan;
(k) Teknologi Kejuruteraan; dan
(1) Rekacipta
Quran dan AsSunnah; dan
JADUAL 10
MATA PELAJARAN PERINGKAT SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)/TINGKATAN ENAM
(a) Pengajian Am;
(b)
Bahasa Melayu;
(c)
Bahasa Cina;
(d)
(e) Bahasa Arab;
(f) Bahasa Inggeris;
(g) Kesusasteraan Melayu;
(h) Syariah;
(i) Usuluddin;
(j) Sejarah;
Bahasa Tamil; 10
(k) Geografi;
(l) Ekonomi;
(m) Perakaunan;
(n) Matematik S;
(o) Matematik T
(p) Matematik Lanjutan T;
(q) Perkomputeran;
(r) Fizik;
(s) Kimia;
(t) Biologi; dan
(u) Lukisan
11
Kumpulan III (Sains)
Kumpulan IV (Pengajian Islam)
(a) Tasawwur Islam;
(b) Pendidikan Al
(c) Pendidikan Syariah Islamiah
(a) Sains Tambahan;
(b) Fizik;
(c) Kimia; dan
(d) Biologi
(a) Kesusasteraan Melayu;
(KURIKULUM KEBANGSAAN) 1997*

akil

arfan nakal

Saturday 12 November 2011

Senyuman???

                                     
  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".