Monday 12 December 2011

Latihan menembak


PERIBAHASA "GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ARANG" BERMAKSUD KITA HENDAKLAH SABAR MENGHADAPI HALANGAN DALAM MELAKUKAN SESUATU PEKERJAAN YANG SUKAR SEHINGGA BERJAYA INI BERMAKNA SETIAP HALANGAN DAN CABARANYANG TIMBUL MESTILAH DITEMPUHI DENGAN BIJAKSANA.

TERDAPAT BANYAK CONTOH KEJAYAAN YANG DICAPAI OLEH MANUSIA SETELAH MENGHADAPI PELBAGAI KESUKARAN.SALAH SATU DARIPADANYA IALAH KEJAYAAN AHLI-AHLI SUKAN YANG BERJAYA MERAIH PINGKAT EMAS SETELAH BERTUNGKUS-LUMUS BERLATIH.

KEJAYAAN MEREKA ADALAH BERDASARKAN KEYAKINAN BAHAWA TIADA SUATU PUN PEKERJAAN YANG TIDAK AKAN BERJAYA JIKA DILAKUKAN DENGAN BERSUNGGUH-SUNGGUH.JUSTERU ITU,MURID-MURID MESTILAH MENJADIKAN PERIBAHASA INI SEBAGAI PEGANGAN HIDUP MEREKA DALAM USAHA UNTUK MEMBURU KEJAYAAN.

OLEH ITU,PERIBAHASA "GENGGAM BARA API BIAR SAMPAI JADI ORANG" ADALAH SATU PRINSIP HIDUP YANG BAIK BAGI MEREKA YANG INGINKAN KEJAYAAN.        

Friday 2 December 2011

Kesan Peristiwa 13 Mei 1969

KESAN PERISTIWA 13 MEI
Peristiwa 13 Mei 1969 meninggalkan banyak kesan samada positif atau negatif. Antara kesannya ialah pada tahun 1969 pilihan raya diadakan semula dan memberi kemenangan dua pertiga semula kepada kerajaan yang memerintah. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dibentuk bagi mengurangkan pengundi Cina dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Beberapa ahli politik yang dianggap berbahaya telah ditahan melalui Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Persempadanan semula pilihan raya yang lebih bijaksana dan seimbang telah dilaksanakan. Sistem demokrasi, pilihanraya dan agihan  ekonomi mendapat tafsiran semula.

PENGAJARAN PERISTIWA 13 MEI
Rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 adalah peristiwa tragis yang terburuk dialami oleh Malaysia dan peristiwa itu hampir-hampir memusnahkan negara ini. Dengan kebijaksanaan pemimpin dan semangat setia kawan rakyat, bencana itu telah dapat ditangani dan negara kembali pulih seperti sediakala. Banyak pengajaran yang boleh dipelajari daripada bencana itu. Antara yang terpenting ialah mustahaknya memperkukuhkan perasaan muhibah dan ikatan perpaduan antara kaum demi kestabilan politik dan keselamatan Malaysia yang berbilang kaum ini.
Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik dan saling membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.
Tercetusnya rusuhan kaum atau etnik pada 13 Mei 1969 mengejutkan rakyat dan negara. Perpaduan yang disangkakan kukuh hasil muafakat antara tiga kaum terbesar iaitu orang Melayu, Cina dan India semasa menggubal perlembagaan negara jelas bersifat sementara.[1] Ia gagal menanamkan sifat tolak ansur yang berkekalan. Peristiwa ini telah menyedarkan dan memaksa pemimpin-pemimpin negara meneliti isu perpaduan dengan lebih serius. Hasil penelitian itu, tindakan jangka pendek dan jangka panjang telah diambil untuk memulihkan dengan segera keamanan dan memupuk kembali bibit-bibit perpaduan yang telah goyah.


[1] Asnarulkhadi Abu Samah & Jyun A.Jawan, Kenegaraan Malaysia, Serdang,  UPM, 1997, hlm 203